Tuesday, June 3, 2008

Kes Dun Sanglang: Responden akui salah umum keputusan

Bashir Ishak Wed Jun 04, 08 02:35:32 pm MYT
KANGAR, 4 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini hari ini menyaksikan peguam yang mewakili responden ketiga (Calon BN, Abdullah Hassan) turut mengakui berlakunya kesilapan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu yang mengakibatkan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin tidak diisytharkan sebagai pemenang.
Jega Karuppiah yang mewakili Abdullah berkata demikian di hadapan hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani yang mendengar kes petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama dan kedua membuat pengakuan yang sama berkaitan kesilapan tersebut.
Mahkamah yang bersidang minggu lalu mendengar penghujahan tentang bantahan awal yang dikemukakan Abdullah ke atas petisyen tersebut.
Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu. Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.
Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.
Hari ini Zainal Adzam sepatutnya memberikan keputusan berkaitan bantahan awal berkenaan. Bagaimanapun setelah pengakuan yang dibuat tentang kesilapan yang berlaku, maka beliau menetapkan esok untuk mendengar penghujahan sama ada mahkamah boleh memerintahkan Ustaz Hashim diisyhtiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.
Menurut Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Ustaz Hashim, dalam kes ini sekiranya diadakan pilihan raya semula maka berlakunya ketidakadilan terutamanya kepada para pengundi yang telah memilih Ustaz Hashim dalam PRU yang lalu.
"Kita akan mengemukakan penghujahan esok dan berdasarkan kuasa yang sedia ada pada mahkamah untuk memberikan keadilan, maka sewajarnya Ustaz Hashim perlu diisytiharkan sebagai pemenang,"katanya. - mks.

Sunday, June 1, 2008

Kelantan juga mahu JPP dimansuh

BuletinOnline.Net :Monday, 02 June 2008 (11.18 AM )
KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Sabah yang mungkin disusuli dengan pembubaran JPP Kelantan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan kerajaan pusat itu bertepatan dengan kuasa yang diberi kepada negerinegeri dalam melaksanakan setiap peruntukan yang disalurkannya."Dengan cara demikian pembangunan dapat dilaksanakan dengan licin dan cepat tidak sebagaimana sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Beruk Memetik Kelapa di sini, hari ini.Program sempena program Tahun Melawat Kelantan 2008 turut diadakan pelbagai program kebudayaan termasuk membuat alatan tradisional yang berasaskan pokok kelapa.Menurutnya, Perdana Menteri mempunyai asas yang cukup untuk membubarkan JPP di Sabah sebagaimana yang dihasratkan oleh rakyat negeri itu."Kita harap perkara itu disusuli di Kelantan selepas ini memandangkan penubuhan JPP telah menyebabkan banyak pertindihan kuasa," kata Takiyuddin.Tanpa menafikan adanya JPP Kelantan turut membangun negeri ini, beliau bagaimanapun berkata, berlaku kelewatan dalam menyalurkan peruntukan wajib kepada pihak berkuasa tempatan dan bahagian perumahan. "Kalau kerajaan pusat salurkan terus, peruntukan per kapita kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia boleh diguna mengikut jadual," katanya. BERNAMA

Petisyen DUN Manir ditolak dengan kos

Monday, 02 June 2008 ( 11.16 AM )
BuletinOnline.Net :Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak dengan kos petisyen salah laku penyokong dan aktivis PAS pada pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manir
Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee, dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas pempetisyen gagal mengaitkan responden iaitu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Datuk Harun Taib dengan insiden memukul serta menahan pengundi daripada menjalankan kewajipan mereka pada pilihan raya berkenaan.Katanya, kandungan petisyen sepatutnya mengandungi fakta material yang kukuh, iaitu sudah berlaku amalan menyeleweng serta salah laku yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya.Beliau berkata, petisyen itu juga mesti menyertakan bukti bahawa amalan menyeleweng serta salah laku sudah dilakukan oleh calon atau dengan pengetahuannya atau mendapat izin daripada ejen atau calon itu sendiri."Tidak cukup apabila pempetisyen hanya menyatakan amalan menyeleweng yang dikatakan itu, dilakukan responden atau dengan pengetahuannya. Tiada secebis fakta dalam petisyen ini yang boleh menyokong perkara tersebut,” katanya.- Bernama

Tuesday, May 27, 2008

MUQADIMAH

SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA